Kesihatan mental makin baik tapi Scha Elinnea tetap perlu makan ubat & masih jumpa pakar psikiatri

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PERNAH didiagnois menghidap skizofernia dan insomnia, pelakon Scha Elinnea bersyukur kerana mendapatkan rawatan dengan cepat bagi mengubati masalah yang dialaminya.

Ujar Scha,22, tahap kesihatan mentalnya yang kini berada pada tahap yang baik namun dia perlu terus mengambil ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan.

“Saya masih perlu makan ubat yang diberikan doktor walaupun kini tahap kesihatan saya sudah semakin baik.

“Saya juga tak perlu berjumpa pakar psikiatri setiap minggu sebagaimana sebelum ini.

“Syukur Alhamdulillah sebab saya dapat jaga kesihatan dengan baik dan saya akan tetap teruskan rawatan dan berjumpa dengan pakar perubatan,” katannya kepada URTV.

Scha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Kerana Aku Isteri Bidaan yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.

Sementara itu, tanpa berselindung, Scha akui pernah berdepan gangguan mental tahap sederhana namun ia tidak sedikit pun menganggu kerja-kerja seninya.

“Saya tak nafikan kadangkala saya alami mental ‘breakdown’ tapi tidaklah terlalu teruk.

“Ia langsung tidak menganggu kerja-kerja saya di lokasi penggambaran.

“Sebenarnya kalau hendak diikutkan sewaktu penularan Covid-19 dulu, keadaan saya sangat teruk sebab saya kerap fikir yang perkara yang bukan-bukan.

“Sekarang ini semuanya dalam keadaan terkawal,” ujarnya.

Sebelum ini, sekitar Oktober tahun lalu, Scha atau Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen mendedahkan keadaan dirinya yang berdepan masalah gangguan mental disebabkan kemurungan yang teruk.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This