Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGORBANAN besar guru ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan sama sekali dilupakan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ketika itu murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah kerana semua sekolah dan institusi pendidikan terpaksa ditutup bagi mengekah penularan virus berbahaya itu.

Sambil merakamkan penghargaan dan terima kasih sempena sambutan Hari Guru 2022 hari ini, Muhyiddin berkata, segala jasa guru mendidik anak bangsa amat dihargai sehingga menjadi warga berguna menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

“Bagaimanapun, warga pendidik tidak berdiam diri dan meneruskan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian bagi memastikan murid dapat belajar seperti biasa.

Baca artikel berkaitan: KPM susun semula proses pertukaran guru empat kali setahun

“Kerajaan juga telah memperkenalkan DidikTV bagi memudahkan PdP di rumah terutama bagi pelajar luar bandar yang mempunyai akses internet dan peranti terhad,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sebahagian besar sekolah memperkenalkan pula program ‘catch up’ setelah pandemik mulai reda dan murid sudah dapat kembali ke sekolah.

Beliau berkata, pengorbanan besar warga pendidik tidak mampu dibalas dengan apa juga harga dunia.

“Saya pasti sambutan Hari Guru tahun ini terutama di peringkat sekolah lebih meriah kerana negara sudah memasuki fasa peralihan endemik dan sudah tidak ada lagi sekatan untuk mengadakan majlis atau acara sambutan.

“Gunakanlah peluang ini untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama guru atau dengan anak murid,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram