“TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sangat konsisten. Berulang kali (tak kurang dari lima kali) beliau sebut pada saya. “Jika Pas mahu pimpin PN (Perikatan Nasional), saya sedia bila-bila masa lepaskan jawatan ini”.
Demikian kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa menyingkap pertemuan bersama Muhyiddin di London, United Kingdom (UK), Isnin lalu.
Dalam hantaran di Facebook, Annuar memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin untuk bersarapan pada pukul 9 pagi, kelmarin.
Beliau berkata, pertemuan selama tiga jam selepas beliau menghadiri jemputan Kelab Pas UK di Nottingham yang turut diketahui beberapa pimpinan Pas itu berbincang mengenai pelbagai perkara termasuk isu politik.
Menurut Annuar, Muhyiddin juga telah pun memberi bayangan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari pada hari berkenaan.
Malah, katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga telah memberi ‘mandat’ kepadanya untuk memaklumkan kepada pimpinan Pas, namun perkara itu tidak dilakukan Annuar.
“TSMY seorang yang sentiasa bercakap berterus terang. Beliau yang saya kenali, mempunyai pandangan politik yang jelas dan kaya dengan pengalaman.
Baca artikel lain: Muhyiddin boleh terus sumbang pandangan dalam Majlis Presiden PN – Tuan Ibrahim
“Walau kadangkala kami berbeza pendapat, tapi saya perhatikan beliau mempunyai wisdom yang tinggi.
“Saya tidak maklumkan kepada pimpinan Pas (tentang hasrat Muhyiddin) kerana saya bukan orang tengah.
“Lagi pun dalam Pas, kami ada disiplin berorganisasi,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Annuar menyifatkan dakwaan bahawa Muhyiddin meletakkan jawatan kerana isu konflik politik di Perlis adalah tidak benar.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ia kerana Muhyiddin telah lama berhasrat melakukan sedemikian.
Pada masa sama, Annuar berkata, tindakan Muhyiddin berundur secara sukarela dan membuka laluan penggiliran ‘nakhoda’ merupakan satu langkah bersifat ‘negarawan’ yang terpuji.
“PN adalah gagasan pemikiran belau. Diasaskan oleh beliau dan beliau mempunyai kejelasan pemikiran tentang dasar yang mahu dibawa melalui PN yang kini mempunyai keahlian lima buah parti serta enam atau tujuh ‘Friends of PN’.
“Tanggungjawab memimpin badan gabungan bakal terpindah kepada pemimpin baharu yang bakal diputuskan oleh badan tertinggi PN berdasarkan Perlembagaan PN,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

