Tangkap layar kereta pengiring yang melanggar kenderaan milik seorang wanita.

SATU kertas siasatan dibuka susulan kenderaan seorang wanita dilanggar polis pengiring di hadapan sebuah pusat beli-belah malam Sabtu.

Kejadian berlaku ketika kenderaan polis itu mengiringi orang kenamaan pada pukul 11 malam.

Video “Polis langgar rakyat takpa” itu dikongsikan di laman TikTok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya mula mengesan video tular terbabit pada pukul 10 malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Remaja maut dilanggar Myvi biru sebelum larikan diri

“Kedua-dua pemandu yang terlibat telah tampil membuat laporan polis dan satu siasatan sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Sarifudin meminta saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram