Hisyam Hamid tak perlu ‘belanja’ aset badan untuk naikkan rating drama

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Saya sentiasa menjaga adegan yang dilakonkan agar tidak nampak keterlaluan”. Demikian kata aktor Hisyam Hamid ketika diminta mengulas mengenai strategi ‘marketing’ seperti menayangkan tubuh badan demi menaikkan rating lakonanya.

Ujar Hisyam,37, dia sentiasa meletakkan limitasi dalam lakonan agar tidak dijadikan ‘alat’ untuk melariskan sesuatu karya.

Katanya, penonton hari ini sudah pandai menilai dan dia sentiasa berbincang dengan pengarah sebelum memulakan penggambaran.

“Saya dah berkahwin dan berkeluarga. Penonton sekarang pun dah bijak menilai kualiti sesebuah karya.

“Kalau rasa babak itu tak diperlukan, rasanya tak perlulah nak ‘belanja lebih’.

“Saya sering berbincang dengan pengarah untuk membuat sesuatu babak. Jika ada babak yang memerlukan saya buka baju, tak mungkinlah saya akan lakukan sebab memang tidak sesuai,” katanya kepada URTV.

Lapan tahun membina kerjaya di negara ini, pelakon kelahiran Singapura itu sering digandingkan dengan pelakon wanita sehingga ada yang mempersoalkan tentang perasaan cemburu isterinya.

Jelas Hisyam, meskipun isterinya iaitu Rosmawati Hanafi atau Mel memahami tuntutan kerjaya sebagai pelakon, namun dia perlu bijak menjaga hati wanita itu.

“Kalau tanya isteri mesti dia akan jawab tak cemburu sebab dia faham dengan kerja saya.

“Tapi saya sedar dan faham perasaan seorang wanita pasti akan rasa cembur bila suami bersama dengan wanita lain walaupun hanya sekadar lakonan.

“Saya perlu pandai kawal keadaan dan lihat pada situasi. Setakat ini, setiap kali digandingkan dengan pelakon wanita, ia bukanlah satu masalah sehingga menjadi isu besar dalam rumah tangga,” ungkapnya ketika ditemui secara virtual, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Hisyam yang tampil dengan drama Aku Isteri Bidaan menerusi Samarinda TV3 itu sanggup menurunkan berat badan demi menjayakan watak Farel.

Kongsi Hisyam, dia berjaya menurunkan berat badannya dari 83 kilogram ke 75 kilogram selama dua bulan sebelum memulakan penggambaran.

“Saya hanya ambil makanan berat sekali sehari sahaja pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam.

“Tak dinafikan, berpuasa di bulan Ramadan sebelum ini juga banyak membantu saya untuk turunkan berat badan.

“Dua bulan saya buat persediaan demi menghidupkan watak Farel yang merupakan seorang bekas banduan,” jelasnya.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan perkahwinan dengan Mel pada 2006. Hasil hidup bersama, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Nurish Syameliah,15, dan Hayden,13.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This