Perjalanan rohani sarat emosi, Lambaian Huda sajian keimanan dalam jiwa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS kejayaan luar biasa drama bersiri Bidaah yang menduduki carta teratas di Viu Malaysia dan Indonesia serta Pabila Dia Tersenyum yang mengekalkan kedudukan nombor satu dalam senarai 10 Program Teratas Viu selama tiga minggu berturut-turut, Viu perkhidmatan
penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW dengan bangganya mempersembahkan Lambaian Huda, sebuah drama menyentuh hati yang mengangkat tema keinsafan dan perjalanan mencari hidayah.

Diadaptasi daripada novel karya penulis terkenal Mohd Nazmi Yaakub, siri 15 episod itu akan mula ditayangkan pada 29 Mei ini, dengan episod baharu setiap Khamis, Jumaat, dan Sabtu.

Diarahkan oleh Azri Izhar, pengarah berbakat di sebalik drama-drama hits Viu seperti Bawah Payung Awan dan Di Hatiku Ada Kamu, drama ini menampilkan pelakon utama seperti Hisyam Hamid, Siti Hariesa dan Elvina Chua bersama barisan pelakon sokongan yang hebat seperti Fauzi Nawawi, Watie Sadali, Yuna Rahim, Fendy Bakry, Haidar Hasanudin, dan Arfie Shah.

Sebuah Kisah Tentang Perjalanan Mencari Hidayah

Lambaian Huda mengisahkan Suzie (Siti Hariesa), seorang penyanyi kelab malam yang terjerat dalam hubungan toksik dengan Dato’ Farid (Fauzi Nawawi), seorang lelaki berstatus suami orang. Dalam masa yang sama, hidupnya dikongkong majikannya, Alex (Steve Yap).

Segalanya mula berubah apabila Ustaz Fatih (Hisyam Hamid), seorang pendakwah yang tenang berpindah dan menjadi jiran barunya. Kehadiran Ustaz Fatih membuka ruang untuk Suzie menilai kembali kehidupannya, masa silamnya dan mula menanam kembali benih keimanan dalam jiwanya.

Pada masa yang sama, Lisa (Elvina Chua), rakan serumah Suzie yang bukan beragama Islam, turut mencari makna kehidupan serta hubungan yang lebih mendalam dengan Tuhan. Terpikat dengan keindahan ajaran Islam, Lisa turut memulakan perjalanan rohaninya sendiri.

Di bawah bimbingan Ustaz Fatih, kedua-dua wanita ini belajar mendalami dan menghayati erti sebenar keimanan. Mereka akhirnya menyedari bahawa sejauh mana pun seseorang tersesat, rahmat Allah sentiasa dekat dan pintu-Nya tidak pernah tertutup.

Lambaian Huda menyelami tema perjuangan rohani, trauma silam, keampunan dan keinsafan melalui naratif yang menyentuh jiwa. Melalui watak-watak wanita yang kuat dan berdikari serta dialog yang menyentuh tentang nilai-nilai Islam, drama ini bakal membawa penonton menyelami perjalanan mencari hidayah dan perubahan diri setiap watak.

Pengalaman Eksklusif Bersama Peminat

Sebagai sebahagian daripada pelancaran drama ini, Viu Malaysia akan turut serta dalam acara peminat Love You 300X anjuran AiCHA, yang bakal berlangsung pada 19 Jun 2025 di Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Melalui kerjasama eksklusif ini, pelanggan akan menerima akses percuma Viu Premium Lite selama 7 hari dengan setiap pembelian aiskrim AiCHA sepanjang bulan Julai. Selain itu, Viu turut akan
menganjurkan acara tayangan istimewa (watch party) dan memberi peluang kepada peminat untuk menonton siri ini serta berinteraksi bersama bintang-bintang kegemaran mereka secara langsung.

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. Muat turun Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery, TV Pintar, atau layari www.viu.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This