Resipi semperit dahlia klasik, tak perlu guna telur. Jangan uli doh lama sangat, mesti menjadi

Dari Penulis

Memang kecewa bila biskut yang dibuat tak menjadi kan? Atas sebab itu, Nudra Syafinie berbesar hati kongsikan resipi yang digunakan untuk berniaga untuk manfaat semua.

Ini merupakan resipi semperit dahlia klasik, bukan dahlia susu.

Bahan :

250 gm Butter*

110 gm Gula aising*

Esen vanilla*

*Mixer sampai putih/kembang* (mesti sampai kembang tau)

Masukkan tepung yang diayak bersama :

110 gm Tepung jagung

115 gm Tepung kastard

160 gm Tepung gandum

-Uli adunan sehingga menjadi doh-

Tip penting :

– Uli jangan terlalu lama, agak-agak jadi doh cukup. Semakin lama uli, doh akan jadi semakin keras.

– Tekan/terap adunan secepat yang boleh. Doh terdedah dengan angin nanti keras susah nak tekan

– Lepas siap terap semua, biarkan dahulu. Jangan terus bakar. Biasa saya biarkan sejam. Sentuh bunga. Kalau dah keras, boleh bakar dah. InsyaAllah bila bakar nanti bunga tak jatuh

– Resepi ini memang tak guna telur

– Sy guna acuan bunga pecah 15

– Oven saya suhu 140’c 30 minit

.Selamat Mencuba.

Sumber : Nudra Syafinie


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This