“Dialah Allah Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya) menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada dilangit dan di bumi; dan Dialah yang tidak ada tolok bandingNya, lagi Maha Bijaksana.” (al-Hasyr: 24).
Alam ini penuh dengan misteri yang indah, pada keindahan itu terungkap rahsia Allah. salah satunya keindahan pada si burung Merak. Allah menciptakan warna-warni pada bulu merak terbentuk kerana adanya kristal-kristal dan ruang-ruang antara kristal itu.
Kajian ahli zoologi dan pakar pewarnaan di Universiti Oxford, Andrew Parker, berjaya menemukan Zi atau kristal-kristal fotonik dalam corak bulu burung Merak. Pola itu banyak diaplikasikan dalam dunia industri dan komersial. Kristal itu boleh digunakan untuk memperlahankan cahaya pada perangkat telekomunikasi atau untuk membuat chip komputer yang sangat kecil.
Pola yang terdapat pada bulu Merak tersusun dengan sempurna, ia memberi gambaran bukan hasil ciptaan manusia. Hanya Allah saja mampu menyempurnakan kejadian yang seindah itu.
Sel otak dirawat dengan alunan al-Quran
Percayakah anda penyakit fizikal dan mental yang banyak dihidapi oleh masyarakat sekarang disebabkan gelombang luar yang merosakkan sel-sel otak boleh diubati dengan mendengar alunan bacaan al-Quran.
Baru-baru ini para para ilmuan mendapati sel-sel otak yang bergegar disebabkan gelombang luar seperti masalah sosial boleh mempengaruhi sel sihat otak.
Akibat gangguan inilah akan terjadinya pelbagai penyakit mental dan fizikal. Oleh yang demikian, para ilmuan mendapati salah satu cara yang terbaik untuk mengubati sel otak ini agar berada pada sel sihat yang asal adalah dengan melakukan keseimbangan dan modifikasi gelombang semulajadi.
Pada asalnya pelbagai jenis gelombang yang dicuba oleh para ilmuan termasuklah menggunakan gelombang muzik dan alam. Tapi ternyata kesannya tidak sehebat penemuan gelombang bacaan al-Quran.
Ternyata apabila mereka melakukan ujikaji terhadap seorang pesakit untuk mendengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran, maka getaran yang sampai pada otaknya memiliki tanda positif pada sel. Gelombang ini membuatnya bergetar dengan frekuensi getaran yang tepat sesuai dengan fitrah Allah.
Sesungguhnya penemuan ini menampakkan mukjizat agung ini mempunyai ciri yang unik tidak terdapat pada kitab lain. Seperti firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 82,
“Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau kiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.”
Hal ini memberikan satu lagi bukti bahawa dengan membaca al-Qurania secara langsung berpengaruh dalam mengembalikan keseimbangan sel tertentu dalam tubuh. Wallahu a’lam
__________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare