Amar Asyraf, Vivy Jeffry sah bercerai talak tiga

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga yang dihadapi isteri kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry akhirnya menemui titik penamat apabila dia kini sah bercerai talak tiga.

Amar hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini bagi membuat pengesahan lafaz cerai.

“Sejak diceraikan dengan talak tiga pada 4 November 2019, proses pengesahan di mahkamah tidak dapat diselesaikan dengan cepat kerana terdapat dokumen yang tidak lengkap selain banyak perkara yang berlaku daripada pihak Amar membuatkan mahkamah tidak memberikan keputusan rasmi berhubung perceraian kami.

“Hari-hari saya lalui dengan penuh doa agar proses pengesahan lafaz cerai ini dapat diselesaikan dengan segera kerana saya mahu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah. Saya sudah terlalu penat untuk menghadapi kehidupan yang tertangguh.

“Saya mahu hidup dengan tenang dan enggan menoleh segala hal yang berlaku antara saya dan Amar sebelum ini. Semuanya sudah berakhir hari ini. Saya lega apabila pengesahan lafaz cerai talak tiga sudah selesai dengan baik walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh yang panjang,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelas Vivy, dia sedikit pun tidak berasa kesal atau kecewa dengan takdir hidupnya.

Malah, keutamaannya kini akan diberikan sepenuhnya untuk membesarkan anak tunggal mereka, Mikhail.

“Sebelum ini, Amar ada beritahu dia akan membincangkan mengenai anak pula selepas kes ini selesai tapi saya anggap itu cuma untuk menyedapkan hati saja.

“Saya berharap dia dapat berfikir apa yang baik untuk kehidupan kerana hidup kita tak lama lambat laun kita akan pergi selamanya.

“Insya-Allah sebagai ibu saya sentiasa memberikan kasih sayang kepada Mikhail. Dia sudah bersama saya sejak isu ini berlaku dan dialah tempat saya berkongsi rasa dan cinta,” ujarnya.

Sekadar info, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Amar beberapa tahun sebelum dia bertindak mendedahkan status perkahwinan mereka pada Oktober 2019.

Dalam pada itu, pernikahan Amar bersama isteri pertamanya, Arna Salleh ialah pada 7 Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This