PENGERUSI Kaukus Medical Cannabis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus aktif memperjuangkan isu rakyat seperti pengiktirafan kanabis sebagai perubatan alternatif.
Menurut Syed Saddiq, kanabis untuk tujuan perubatan sudah lama diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tetapi Malaysia masih lagi ditakuk yang lama.
“Kita mesti bertindak sekarang kerana pesakit (yang memerlukan ganja untuk tujuan perubatan) dilabel sebagai penjenayah.
“Ini isu serius yang masih berterusan dan rakyat menderita. Kita perlu merombak semula polisi dan melaksanakan berdasarkan sains, data dan fakta,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau hari ini.
Baca artikel berkaitan: Status kawalan kanabis tidak akan diubah – PM
Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau sempat bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri prosiding kes penyanyi dan komposer, Muhammad Yassin Sulaiman di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya semalam.
Kehadiran Syed Saddiq itu adalah untuk memberikan sokongan serta solidariti kepadanya.
Menurut Syed Saddiq, dalam pertemuan dengan Anwar, beliau membincangkan isu rakyat sambil beraya.
“Isu rakyat memang hal penting yang dibincangkan kami. Kos sara hidup semakin naik, gaji masih lagi statik.
“Tidak masuk akal ada yang sampai kena buat dua hingga tiga kerja. Anak muda semakin lama semakin susah, sedangkan kekayaan negara itu besar untuk semua.
“Isu rakyat kita mesti bela. Hal negara tanggungjawab kita bersama,” katanya sambil mendoakan Anwar dilimpahi rahmat dan dikurniakan kesihatan sekeluarga.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

