Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu usaha martabat bahasa

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SIMPOSIUM Pengantarabangsaan Bahasa Melayu yang akan berlangsung selama tiga hari mulai Ahad ini merupakan usaha penting mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua ASEAN dan penggunaan dalam urusan kerajaan di luar negara.

Pada masa sama, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan memaklumkan, simposium itu juga diharapkan dapat memberikan sokongan ilmiah kepada gagasan dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Menurut beliau, ia juga memberikan cadangan pelan tindakan bagi memenuhi gagasan yang dicetuskan Perdana Menteri.

Awang memaklumkan, tumpuan utama penganjuran program tersebut merangkumi tiga ucaptama, 15 sesi kertas kerja yang mengupas 15 subtema simposium dan dua forum.

“Penganjurannya diharapkan dapat memberikan sokongan ilmiah kepada gagasan Perdana Menteri di samping memberikan cadangan pelan tindakan untuk memenuhi gagasan itu.

“Resolusi daripada semua pembentangan itu akan disusun untuk disampaikan kepada Ketua Setiausaha Negara dalam majlis penutup nanti.

“Selain itu, diadakan juga pameran kemajuan bahasa Melayu, sayembara deklamasi pusi Melayu antarabangsa dan Debat Perdana sebagai program iringan untuk menambah semarak simposium,” katanya kepada UtusanTV, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan, hampir 70 sarjana termasuk 14 individu di peringkat antarabangsa, 16 dari ASEAN dan 40 orang di peringkat kebangsaan.

“Paduan tenaga tersohor dalam bidang sastera, budaya dan sebagainya ini sangat penting untuk menjadi input kepada kerajaan membuat langkah susulan terhadap gagasan Perdana Menteri,” jelas beliau.

Baca artikel berkaitan: Simposium: Puluhan sarjana bakal rangka pelan tindakan antarabangsakan bahasa Melayu

Sementara itu, Awang ketika hadir sebagai tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di saluran TV1, hari ini berkata, isu melibatkan ‘pertikaian’ bahasa Melayu terutama dengan Indonesia selepas dicadangkan Perdana Menteri itu tidak perlu dipanjangkan.

Beliau berkata, ini kerana cadangan diutarakan Perdana Menteri telah mendapat sokongan padu Presiden Indonesia, Joko Widodo, malah difahami dengan tepat.

“Hanya yang saya kurang faham mengapa kita sendiri mengambil perhatian kepada pandangan menteri di bawah Presiden.

“Kenyataan Perdana Menteri itu jelas dan hanya diselewengkan oleh sebab sentimen, kita tak mahu sentimen parokial ini menghalang.

“Kita perlukan tempoh untuk perundingan secara ilmiah, timbang terima antara ‘adik-beradik’, ‘sepupu’ ini. Saya kira masalah ini dapat diatasi,” katanya.

Simposium anjuran bersama Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama DBP dan Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Ahad ini.

Ia berlangsung selama tiga hari sehingga 24 Mei depan dan menghimpunkan tokoh tempatan serta luar negara dengan penyertaan lebih 15 negara termasuk Korea Selatan, Kampuchea, Indonesia, Australia, Brunei Darusssalam, Singapura, Amerika Syarikat, China, Thailand, Belanda, Azerbaijan, Russia, Uzbekistan, Filipina dan Perancis.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This