Untung Pharmaniaga meningkat, aktiviti perniagaan disambung semula selepas kes COVID-19 berkurangan

Dari Penulis

PHARMANIAGA Bhd (Pharmaniaga) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.

Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pendapatan meningkat 21 peratus kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lalu disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan dan perniagaannya di Indonesia selepas aktiviti perniagaan disambung semula berikutan kes COVID-19 semakin berkurangan.

“Kumpulan itu mengukuhkan operasi perniagaannya di Indonesia dan akan merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedarannya, PT Millennium Pharmacon International Tbk dan meningkatkan portfolio produk cabang pembuatan, PT Errita Pharma.

“Menerusi rancangan perniagaan dan pemasaran strategik tersebut, kumpulan itu memberi tumpuan untuk menggandakan hasil bagi bahagian Indonesia,” katanya.

Kumpulan itu berkata penyusunan semula perniagaannya di Indonesia untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui latihan pengoptimuman saham dan kutipan pembayaran yang agresif telah menghasilkan pemulihan yang pantas.

Di peringkat tempatan, kumpulan itu berkata ia sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementerian Kesihatan yang dijadualkan siap menjelang suku ketiga 2022.

Pembangunan vaksin halal dan kemudahan insulin pertama di dunia kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk dikomersialkan menjelang 2025 dan ia akan memanfaatkan rekod prestasinya yang terbukti cemerlang dalam pengendalian dan pengedaran vaksin.

Ia juga komited untuk membawa pengalaman dan kepakarannya ke negara membangun yang lain.

Kumpulan itu optimistik bagaimanapun berhati-hati terhadap pertumbuhan perniagaannya pada masa hadapan kerana menyedari sentimen pasaran global akibat konflik Russia-Ukraine yang berlanjutan dan tekanan inflasi yang meningkat serta gangguan rantaian bekalan. – Bernama


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This