Sasaran lima tahun untuk sektor pelancongan pulih terlalu lama – MPN

Dari Penulis

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) berpendapat tempoh lima tahun yang disasarkan oleh Tourism Malaysia untuk sektor pelancongan negara kembali pulih adalah terlalu lama.

Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata  jika ia tempoh masa yang diambil untuk memulihkan sektor tersebut, akan berlaku lebih banyak isu dan permasalahan lain.

“Baru-baru ini saya mempengerusikan satu mesyuarat MPN dan Tourism  Malaysia membentangkan laporan untuk memulihkan sektor pelancongan di negara kita.

“Tapi satu perkara yang saya tegur dalam mesyuarat itu adalah apabila disebutkan pelancongan negara akan mengambil masa lebih kurang lima tahun untuk pulih…iaitu sama dengan tempoh rancangan Malaysia lima tahun,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bersatu Bahagian Tangga Batu lewat malam tadi.

Muhyiddin Yassin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Bersatu Bahagian Tangga Batu malam tadi. /Gambar FB Mohd Rafiq.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berkata untuk itu, MPN telah meminta kepimpinan sektor pelancongan meneliti semula dan tempoh tersebut seharusnya dipendekkan. 

Baca: MPN syor kerajaan rangka inisiatif bantu sektor pelancongan

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak

“Tiga atau empat tahun sahaja kerana di situlah (sektor pelancongan) banyak pengusaha-pengusaha kita sama ada bumiputera dan bukan bumiputera yang terkesan dalam tempoh dua tahun lepas, kerana sektor ini sudah berada dalam keadaan yang cukup tertekan sekali,” katanya.

Terdahulu dalam mesyuarat MPN pada Selasa lepas, Muhyiddin telah mengesyorkan kerajaan untuk merangka inisiatif serta bantuan bagi memacu semula sektor pelancongan yang terjejas teruk sejak dua tahun lepas akibat pandemik COVID-19.

Ia susulan ketibaan pelancong ke Malaysia berkurang sebanyak 99.5 peratus pada tahun lepas berbanding tahun-tahun sebelum pandemik. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis buru lelaki curi beg penuntut dalam masjid di Alor Gajah

POLIS sedang giat memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti tempatan dalam ruang solat wanita...

More Articles Like This