Norman Hakim dikecam tayang badan ‘sado’, netizen kaitkan anak sekolah tahfiz

Dari Penulis

TINDAKAN Norman Hakim yang menayangkan badannya dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia hanya menempah kecaman netizen meskipun ia hanya sekadar memenuhi tuntutan lakonan.

Lebih menyedihkan apabila babak lakonan tersebut turut memaparkan pelakon veteran Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura yang seolah-olah teruja melihat tubuh kekar Norman.

Adegan tersebut dilihat kurang manis untuk dipertontonkan kepada umum lebih-lebih ndi negara ini yang memetingkan adat ketimuran.

Isu tersebut turut hangat dibahaskan di laman sosial Twitter milik penguna akaun Zhafvlog yang turut mempersoalkan kewajaran babak tersebut.

“Astaghfirullahalazim, cuba kalau benda macam ini terjadi pada kaum wanita. Malu weh,” ciapnya yang juga seorang pengulas filem.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju pelakon tersebut mendedahkan badannya untuk menjadi tontonan umum.

Malah, ada yang turut mengheret kisah anak lelaki pelakon itu yang merupakan pelajar tahfiz.

“Anak sekolah tahfiz, ayah pelakon.

“Aku ingat Norman ini dah jadi warak rupanya tidak.

“Berdosalah tayang badan macam ini. Bencilah aku, orang makin tua makin tak ikut ‘flow’ hukum agama.

“Dah tua-tua nak mampus pun tak sedar diri,” demikian balas netizen di Twitter.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This