HAMPIR tiga bulan mengunci mulut mngenai kisah lamaran terbuka sebagai kekasih terhadap pelakon Amelia Henderson, aktor Aedy Ashraf menegaskan tindakan yang dilakukan itu bukan gimik produk.

Menurut Aedy atau Addy Ashraf Rosmadi,29, dia tidak gemar mencanang kisah peribadi apatah lagi mahu berkongsi hal percintaanya bersama Amelia kepada umum.

“Sejak dahulu lagi saya sudah biasa jadikan kisah peribadi sebagai suatu yang privasi. Malah di Instagram juga saya jarang berkongsi.

“Kisah hidup sendiri akan jadi lebih bermakna jika tidak terlalu dedahkan kepada orang ramai.

“Tentang tindakan melamar itu, sebenarnya saya pun terkejut dengan keberanian diri sendiri.

“Ia bukan sesuatau yang dirancang dan bukan sengaja mahu cipta gimik,” katanya kepada URTV.

Dek terlalu sibuk dengan kerja hakiki sebagai pelaku seni, Aedy akui tidak punya masa sengang untuk keluar ‘dating’ seperti pasangan bercinta lain.

“Jujur kehidupan saya memang tak seimbang. Saya lebih utamakan kerja sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Malah waktu bersama keluarga juga terpaksa dikorbankan.

“Nak keluar ‘dating’ pun tiada masa. Amelia juga sibuk dengan kerja. Mungkin sebab itu kami serasi kerana masing-masing faham dengan tanggungjawab,” ulasnya.

Pada 27 Mac sebuah video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya semasa sebuah acara festival makanan tular di media sosial.

Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas digandingkan sebagai hero serta heroin dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan November tahun lalu.

Sekitar 2018, Amelia mengesahkan sudah bercerai sengan dengan bekas suaminya, Tunku Harunnarasheed Putra.