kisah wanita islam

Seorang lelaki Inggeris telah datang kepada Pak Syeikh untuk bertanyakan sesuatu yang menjadi persoalannya. Lalu terjadilah perbualan antara mereka.

Lelaki Inggeris: Kenapa di dalam Islam, lelaki dan wanita tidak boleh bersentuhan dan bersalaman?

Pak Syeikh: Bolehkah kamu bersalaman dengan Ratu Elizabeth?

Lelaki Inggeris: Sudah tentu tidak. Hanya golongan tertentu sahaja yang boleh bersalaman dengan Ratu Elizabeth.

Pak Syeikh: Para wanita kami ibaratnya adalah seperti seorang permaisuri kerana seorang permaisuri tidak boleh bersalaman dengan sebarang orang melainkan yang tertentu sahaja (mahramnya).

Lelaki itu menganggukkan kepala seraya bersetuju dengan jawapan Pak Syeikh. Kemudian lelaki Inggeris bertanya lagi.

Lelaki Inggeris: Wahai Syeikh, kenapa pula para wanita kamu membalut tubuh dan menutup rambut mereka? Bukankah lebih baik jika kecantikan mereka dilihat oleh semua orang.

Mendengar pertanyaan daripada lelaki itu, Pak Syeikh pun tersenyum, lalu dia mengeluarkan dua biji gula-gula dari poket bajunya. Kemudian Pak Syeikh membuka pembalut gula-gula yang pertama dan membiarkan pula gula-gula yang kedua terus tertutup pada pembalut.

Seterusnya dicampakkan kedua-dua biji gula-gula yang berada dalam genggamannya ke tanah dan bertanya kepada lelaki Inggeris itu.

Pak Syeikh: Jika saya meminta kamu untuk memilih salah satu daripada kedua gula-gula itu, manakah yang akan kamu ambil?

Lelaki Inggeris: Sudah semestinya gula-gula yang masih di dalam pembalut. Bukankah yang dalam pembalut itu bersih.

Pak Syeikh: Begitulah dengan wanita-wanita kami menutup tubuh mereka. Tahulah kini lelaki Inggeris itu mengapa wanita Islam perlu menutup aurat dan tidak boleh bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Memang tinggi martabat wanita Muslim

____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare