Nana Rancang Keliling Malaysia Buka Kelas Bina Keyakinan Diri

Dari Penulis

PENYANYI dan pengacara Nana Mahazan sedang merancang untuk mengelilingi Malaysia bagi mengadakan kelas membina keyakinan diri.

Dalam kelas yang bakal dianjurkan, dia akan berkongsi seluruh pengalamannya selama 19 tahun berkecimpung dalam industri dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada yang hadir.

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan memberitahu dia kini hidup selesa dengan rezeki yang tidak putus serta masih cuba membahagikan masa untuk dua bidang yang diminatinya iaitu seni dan perniagaan.

“Saya memang tengah mengimbangkan kehidupan sebagai usahawan dan pengacara TV. Alhamdulillah, saya masih diberikan rezeki dan peluang untuk menjadi pengacara.

“Jiwa seni itu masih lagi mengalir dalam diri saya dan bakat saya pun masih diperlukan.Bukan itu saja, saya juga dalam perancangan pusing satu Malaysia untuk mengajar secara percuma.

“Saya mahu buka kelas bina keakinan diri dan cara komunikasi yang betul. Saya akan kongsikan pengalaman 19 tahun dalam industri,” ulas Nana memetik mStar.

Menerusi laman sosial miliknya juga dia turut berkongsi tentang perkembangan berkenaan perniagaannya itu.

Pada masa yang sama, menurut pemilik perniagaan kosmetik itu juga mengungkapkan rasa syukur setelah produk kecantikannya mendapat sambutan dan diterima baik oleh pengguna.

Menurutnya lagi, sebab utama dia menceburi bidang perniagaan kosmetik ini adalah untuk membantu para wanita memiliki kulit yang cantik di samping dapat menjana pendapatan sampingan dan bukanlah sekadar mengaut keuntungan semata-mata.

“Alhamdulillah, produk kecantikan saya mendapat maklum balas yang baik. Saya pernah alami masalah bereakout muka yang sangat teruk. Saya jumpa satu produk yang baik dan syukur okay.

“Tapi saya tahu bukan semua orang mampu nak beli produk berkualiti tinggi dengan harga yang mahal. Jadi, dari situ saya dapat idea untuk hasilkan produk yang berkualiti tinggi tapi harganya mampu milik,” jelasnya.

Untuk rekod, Nana memulakan kariernya sebagai penyanyi sejurus mengikuti program realiti Akademi Fantasi Musim pertama pada tahun 2003.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sasar Dominasi Robotik AI Global, Robo.ai Ambil Alih QC Capital

DALAM satu langkah strategik untuk mendominasi ekosistem teknologi masa hadapan, gergasi kecerdasan buatan, Robo.ai Inc secara rasminya mengumumkan pemeteraian...

More Articles Like This