Didakwa sindir Selena Gomez, Hailey Bieber & Justine Skye dikecam

Dari Penulis

SELEBRITI antarabangsa Hailey Bieber dan Justin Skye dikecam netizen susulan perkongsian mereka di Snapchat yang menyindir selebriti terkenal Selena Gomez. 

Terdahulu, Selena memuat naik video di Tiktok berkongsi mengenai rutin penjagaan mukanya setiap minggu kepada peminat.

“Sangat murah dan berkesan (Super affordable and works!),” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Susulan itu, tular di media sosial beberapa netizen memuat naik gambar tangkapan skrin Hailey bersama rakan baiknya yang juga seorang penyanyi, Justine menyindir penyanyi berkenaan di Snapchat baru-baru ini. 

“Saya akan lindungi dia (Hailey ) tak kira apa jadi.

“Buat Tiktok hari-hari seperti kau tak ada brand make-up nak jual? Kedekut! (Making tiktoks every day like you haven’t got a makeup brand to run? Hmm… whack),” tulis Justin pada perkongsian di Snapchatnya baru-baru ini. 

Oleh yang demikian, beberapa netizen mengecam dua individu berkenaan atas perbuatan itu. 

“Tak habis-habis lagi gaduh rupanya. Jangan kacau Selena (leave Selena alone),” kata salah seorang pengguna Twitter. 

“Selena: Penyanyi, pelakon dan duta make up. Manakala Hailey: Bieber,” tulis salah seorang pengguna Twitter, membandingkan Hailey dengan Selena. 

“Perbuatan itu sangat memalukan. Selena (Gomez) merupakan salah seorang selebriti terkemuka dunia dan sangat disayangi. Kau siapa,” ciap seorang pengguna Twitter. 

Walau bagaimanapun, menurut sumber antarabangsa Pop Crave, Justine atau nama penuhnya Justine Indira Skyers, 26, menafikan bahawa dia melakukan sindiran itu sebaliknya mengatakan bahawa akaun Snapchatnya digodam.

Untuk rekod, Hailey telah bernikah dengan penyanyi terkenal dunia, Justin Bieber pada September 2018. 

Sebelum berkahwin, Justin juga merupakan bekas pasangan kepada Selena.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This