YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-64 kepada seluruh warga TUDM, veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM.
Ucapan Seri Paduka dikongsi Istana Negara menerusi catatan dalam akaun Facebook rasminya hari ini.
Baca artikel berkaitan: Hishammuddin arah TUDM jalankan siasatan terperinci
Menurut Istana Negara, jasa khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara disegani dan dihormati di persada antarabangsa.
Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara, menurut hantaran itu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

