Skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu gegar Asia! – Ismail Sabri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJAYAAN skuad hoki lelaki kebangsaan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia nyata membanggakan Perdana Menteri.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan tersebut.

Beliau turut berharap agar skuad hoki kebangsaan untuk menang pada perlawanan akhir Super 4′ Piala Asia 2022, malam ini. 

Baca artikel berkaitan: Malaysia buka tirai Kejohanan Hoki Piala Asia belasah Oman 7-0

“Kita berjaya ke perlawanan akhir setelah menewaskan Jepun 5-0 malam tadi. Malam ini kita bertemu Korea Selatan, pastinya pasukan kita mampu menunjukkan semangat jitu berdepan pencabar kita.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita doakan kejayaan skuad hoki kebangsaan kita untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 40 tahun yang kita nantikan selama ini.

“Buat Skuad Speedy Tigers, buktikan Malaysia mampu menggegar Asia,” katanya.

Semalam, Malaysia berjaya membenam Jepun 5-0 pada kejohanan Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, sekali gus mengesahkan slot ke final.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This