“Saya hairan ada pihak masih tidak hargai artis ‘senior’, bayar RM500 sahaja…,”- Amir U.K’s

Dari Penulis

VOKALIS kumpulan U.K’s, Amir kesal masih ada pihak yang menawarkan bayaran tidak munasabah tanpa memandang pengalaman serta kebolehan mereka.

Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad, 53, memberitahu pernah menerima tawaran untuk membuat persembahan dengan nilai serendah RM500 sahaja.

“Saya hairan ada pihak masih tidak hargai artis ‘senior’. Saya pernah terima tawaran mengarut dan tidak masuk akal. Sebagai contoh, RM500 untuk saya seorang.

“Kadang-kadang kadar bayaran itu jadi tidak berbaloi apabila lokasi ‘show’ jauh. Kenapa masih tawarkan kami harga sebegitu? Sedangkan, lagu-lagu saya diketahui ramai.

“Ini umpama suatu penghinaan. Saya fikir mereka tidak hargai kita yang sudah berpuluh tahun dalam industri ini,” ujarnya memetik BH Online.

Menurut penyanyi lagu Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu itu, memberitahu lagi tidak semestinya bayaran yang diberikan harus tinggi tetapi biarlah bertepatan dengan apa yang mereka bawakan.

“Ini bukan soal permintaan (demand). Mereka kena tengok lagu yang disampaikan adalah lagu terkenal. Saya ada lebih 10 lagu terkenal. Jadi, bagi saya, penganjur acara sengaja mahu ambil kesempatan dengan memberi bayaran murah.

“Kalau untuk persembahan di sekolah atau seumpamanya, bolehlah bayar mengikut bajet yang ada. Tetapi kita menyanyi ikut harga yang diberi.

“Kalau hendak dengar atau nikmat persembahan sebenar, hadirlah ke konsert,” katanya.

Kumpulan U.K’s bakal menganjurkan konsert mega di Istana Budaya (IB) selama dua hari yang akan bermula 17 Jun hadapan. 

Kini mereka juga sedang melakukan latihan bagi memberi persembahan yang terbaik buat semua peminat mereka yang akan hadir.

Sumber: BH Online


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This