Lelaki positif ganja pandu Myvi disyaki punca kemalangan direman empat hari

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki positif dadah jenis ganja yang disyaki menyebabkan nahas membabitkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Seremban semalam direman empat hari.

Rakaman kemalangan tersebut turut tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memaklumkan, lelaki berusia 28 tahun positif ganja yang memandu kereta Perodua Myvi itu direman mulai hari ini sehingga Khamis.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Lelaki tersebut ditahan di lokasi kejadian sejurus kemalangan.

“Ketia ditahan, lelaki itu berada dalam keadaan khayal dan pemeriksaan ke atas keretanya menemukan sepaket plastik lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja seberat 3.39 gram.

“Lalaki yang merupakan penganggur itu kemudian direman empat hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Suami isteri maut dilanggar pemandu Myvi dipercayai mabuk di Jasin

Dalam insiden kira-kira pukul 10.40 pagi semalam, kenderaan Perodua Myvi dipandu lelaki itu sedang bergerak dari arah Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang Toyota Avanza yang berada di hadapannya.

Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza itu hilang kawasan sehingga berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke lorong kiri dan melanggar dua lagi kenderaan lain.

Akibat pelanggaran tersebut, tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza itu turut tercabut lalu terpelanting masuk ke laluan bertentangan.

Kejadian itu menyebabkan ia terkena kepada sebuah lagi Perodua Myvi di bahagian bertentangan tersebut.

Bagaimanapun, kesemua mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/69.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat dalam bagasi: Badan tidak dipotong, mangsa maut akibat tetakan di kepala

MAYAT seorang wanita yang ditemukan dalam bagasi di sebuah unit pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang disahkan meninggal dunia...

More Articles Like This