Bekas diplomat, anak mengaku tak bersalah tanam 102 pokok ganja

Dari Penulis

SEORANG bekas diplomat dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub hari ini, atas pertuduhan menanam pokok ganja, bulan lepas.

Datuk Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Dua beranak itu didakwa bersama-sama telah menanam sejumlah 102 pokok ganja di sebuah rumah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, Bentong pada 6.10 petang, 21 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Baca artikel berkaitan: Ganja: Bekas duta, Datuk Zainal Abidin dan anak didakwa

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang Mohammad Khalid Ab Karim, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan dan Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh manakala Rahmat memberitahu pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Jun lepas berhubung pertuduhan terhadap anak guamnya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Julai.

Pada Jumaat lepas, bekas diplomat dan anaknya itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 1,020 gram dadah jenis ganja dan menyimpan 60 mililiter minyak ganja dan bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohamed Rizal juga berdepan pertuduhan menggunakan dadah jenis THC di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pada 8.40 malam, 23 Mei lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This