Anak Afdlin Shauki, Mia Sara tak kisah dituduh guna pengaruh bapa masuk industri seni

Dari Penulis

ANAK kepada pelakon Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara sedia menerima tomahan netizen berkenaan tawaran lakonan yang diterima disebabkan pengaruh besar daripada bapanya dalam industri.

Pelakon berusia 23 tahun itu juga menjelaskan bahawa kebanyakan tawaran yang diterima olehnya adalah hasil uji bakat yang dia laluinya sendiri dan bukan pengaruh bapa semata-mata.

“Orang tak tahu macam mana saya dapat tawaran berlakon. Tapi kalau bapa saya beri peluang untuk berlakon dalam sebuah karya, saya tidak boleh mementingkan diri (selfish) dengan menolak.

“Sudah tentu semua ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi kebanyakan tawaran berlakon yang saya terima ini, memang hasil usaha saya sendiri.

“Saya tetap melalui uji bakat. Saya juga baru menamatkan pelajaran dalam jurusan lakonan,” ujarnya memetik mStar.

Mia atau Mia Sara Shauki akan tampil dalam sebuah drama hasil terbitan Astro Shaw dan produksi Infinitus Gold iaitu Histeria The Series yang turut dibintangi oleh Sharifah Aryana, Amelia Christie, Serra Kamal dan penampilan semula pelakon asal filem tersebut, Liyana Jasmay.

Anak sulung pelakon terkenal itu menegaskan bahawa dalam drama tersebut terdapat satu babak yang memperlihatkan dia merokok dan bapanya sudah sedia maklum berkenaan perkara itu.

“Bapa saya bukan sahaja menjadi penyokong dan pengkritik besar namun dia juga banyak memberi nasihat. Saya ada bertanya tentang perasaannya jika saya perlu melakonkan babak menghisap rokok.

“Dia berkata, jika pihak produksi mahu mengeluarkan babak itu, maksudnya ia ingin memaparkan kehidupan sebenar. Mungkin boleh menjadi satu pengajaran.

“Ibu bapa boleh pantau anak-anak yang bersekolah asrama penuh. Tapi dalam kehidupan sebenarnya, saya tidak merokok pun,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mia sudah bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak kecil lagi dengan membintangi beberapa filem antaranya Buli, Papadom dan Papadom 2.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This