Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nabila Huda & Aaron Aziz bergabung dalam misi pencarian bintang baharu industri hiburan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAGI rakyat Malaysia yang menyimpan impian untuk bergelar bintang hiburan, kini segalanya mungkin tanpa perlu berhijrah ke ibu kota.

Platform digital baharu, SocialCeleb, membuka lembaran baharu dalam pencarian bakat tanah air dengan pendekatan inklusif dan teknologi canggih, menawarkan peluang sebenar kepada bakat tempatan dari seluruh negara.

Dikuasakan oleh syarikat telekomunikasi tempatan, Lifetelco, SocialCeleb bukan sekadar medan pencarian populariti, tetapi sebuah platform pembangunan bakat menyeluruh yang memberi akses latihan, bimbingan, uji bakat serta peluang ke produksi sebenar dalam industri hiburan Malaysia.

Platform ini diperkuat dengan sokongan barisan Star Mentors terkenal termasuk Datuk Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Nabila Huda, dan Datuk Aaron Aziz, manakala selebriti popular seperti Bella Astillah, Harszan, Satthiya Kandi, dan Hubert Lee turut serta sebagai inspirasi dan pembimbing kepada para peserta.

“SocialCeleb bukan sekadar pertandingan. Ia adalah ruang latihan, pendedahan dan pembentukan karier sebenar. 

“Kami bukan hanya menilai, tetapi membimbing,” ujar Nabila Huda, yang aktif dalam sesi latihan dan pemilihan peserta.

Berbeza dengan pertandingan konvensional, SocialCeleb menawarkan pakej penyertaan yang komprehensif dengan bayaran hanya RM110, termasuk:

  • – Kad SIM Lifetelco dengan 110GB data selama dua bulan
  • – Perlindungan insurans kemalangan diri sehingga RM50,000
  • – Akses ke saluran kandungan OTT eksklusif
  • – Peluang uji bakat rasmi untuk projek filem, drama dan OTT sebenar

Menurut Nabil Ahmad, yang sendiri berasal dari kampung, banyak bakat luar bandar tidak pernah mendapat peluang sewajarnya kerana kekurangan akses dan pendedahan.

“Saya faham bagaimana rasanya tidak tahu di mana nak mula. 

“SocialCeleb datang tepat pada waktunya, membuka ruang kepada semua tanpa mengira latar belakang,” ujarnya.

Platform ini bukan sahaja membuka peluang uji bakat, tetapi juga mendedahkan peserta kepada bengkel eksklusif, sesi persembahan langsung, dan penglibatan dalam produksi sebenar.

Ia memberi peluang kepada 100 peserta terbaik untuk diserap ke dalam projek industri, menjadikan mereka pelapis masa depan industri hiburan tanah air.

Bagi Datuk Afdlin Shauki, platform ini ialah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang menyokong pembentukan kerjaya kukuh dan berdaya tahan.

“SocialCeleb adalah platform serius. Ia menyediakan sistem yang lengkap, dari latihan, mentor berpengalaman hingga peluang industri sebenar. 

“Ini bukan tentang viral, ini tentang membina kerjaya yang mampan,” jelasnya.

Bagi Aaron, pembabitannya dalam SocialCeleb adalah cara dia memberi semula kepada industri seni yang telah membentuk dirinya.

“Kami bukan sekadar mencari bakat. Kami bina asas kukuh untuk generasi baharu yang mahu bertahan dalam dunia hiburan,” tegasnya.

Pendaftaran SocialCeleb dibuka bermula 9 September ini di laman web rasmi www.social-celeb.com.

Dengan misi mengangkat bakat dari seluruh pelosok negara, SocialCeleb menjadi jambatan digital yang menghubungkan bakat rakyat Malaysia dengan peluang sebenar dari skrin telefon terus ke layar perak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This