Penangan tuntutan kerja dan kesibukan harian kadang kala membuatkan kita lupa waktu berharga bersama insan tersayang. Hari-hari yang berlalu terbiar sepi, anak-anak membesar tanpa disedari dan ikatan kekeluargaan semakin renggang.
Idea Mohd Yazid Ismail dalam mengukuhkan hubungan bersama anak-anak wajar dijadikan ikutan. Sesi istimewa bersama setiap anak dijadikan acara wajib bagi berkongsi luahan, aktiviti harian, perihal sekolah dan sebagainya.
“Setiap tahun saya akan buat special bonding session dengan anak-anak secara one by one. Jalan-jalan berdua. Atau sekadar dinner berdua. Kadang dua kali setahun setiap orang.
Sesi bonding ada giliran untuk setiap anak. Semua tak sabar tunggu giliran masing-masing.
Sebelum giliran Saeed hari ni, saya buat sesi dengan Dhia, lepas tu Fina. Bawa keluar mengopi dan makan kek waktu malam.
Saya memang buat sesi macam ni dengan anak-anak sejak anak sulung (Bashir) kecil lagi. Sekarang Bashir dah 14 tahun.
Bagus sesi macam ni. Anak-anak boleh buat luahan perasaan one by one. Borak lama-lama tanpa gap, macam-macam cerita keluar ??. Macam bercerita dengan kawan. Happy diorang.

Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam. Kalau anak bawah umur 7 tahun macam Saeed ni, ia akan jadi sesi bertanya beribu-ribu soalan. Bersedialah goreng jawapan.
Sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.
Saya pun rasa bahagia dapat keluar berdua macam ni. Rasa macam me time. Tenang je.
Mohd Yazid Bin Ismail
Ayah 6 orang anak?.”
Sumber : Mohd Yazid Bin Ismail

