Pindaan mansuh hukuman mati mandatori dibentang Oktober

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan membentangkan pindaan berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sekiranya semuanya berjalan lancar, hukuman mati mandatori itu akan mula dimansuhkan secara realiti pada Januari tahun depan.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar./Gambar FB BHEUU JPM

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak mempunyai masalah untuk menyegerakan pemansuhan tersebut.

Menurut Wan Junaidi, Jabatan Peguam Negara juga telah bersedia untuk membentangkan pindaan itu menjelang Sidang Parlimen pada bulan Oktober.

“Kita tak nak kerajaan atau pihak agensi penyiasat berada dalam keadaan serba salah, jadi kita cuba percepatkan pembentangan pemansuhan hukuman mati mandatori ini.

“Kita boleh bentang menjelang Oktober dan saya cukup yakin tiada halangan di peringkat Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

“Malah, Yang di-Pertuan Agong juga amat peka dengan persoalan ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi memaklumkan, kerajaan juga akan mengadakan pungutan suara dalam masa terdekat sebelum membawa isu tersebut untuk dibentangkan di Parlimen.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan setuju mansuhkan hukuman mati mandatori

Kata beliau, ia bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan rakyat Malaysia berhubung pemansuhan hukuman mati mandatori itu.

“Kita akan membuat tinjauan awam sebagaimana yang kita lakukan melibatkan undang-undang antilompat parti yang mendapat respons kira-kira 7,600 responden.

“Kerajaan yakin orang awam akan turut bersetuju. Bagaimanapun, sekiranya berlaku tentangan (jumlah menolak lebih tinggi), kita akan membawa semula kepada Jemaah Menteri untuk membuat keputusan,” jelas beliau.

Jumaat lalu, Wan Junaidi dalam kenyataan memaklumkan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri, minggu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hukuman mati tidak dimansuhkan dan masih kekal namun perubahan yang dilakukan ialah memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Langkah itu membolehkan hakim tidak lagi terikat dengan perkataan ‘mandatori’ bagi hukuman mati yang menyebabkan mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menjatuhkan hukuman gantung sampai mati seperti diperuntuk undang-undang contohnya dalam kesalahan mengedar dadah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This