Kerajaan setuju mansuhkan hukuman mati mandatori

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Menurut Wan Junaidi, keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga secara prinsip menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Wan Junaidi memberitahu, jawatankuasa tersebut diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjun dan dianggotai pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya; bekas Peguam Cara Negara; pengamal undang-undang; pensyarah undang-undang dan pakar kajian jenayah.

“Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori; satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

Baca artikel berkaitan: RUU Larang Ahli Dewan Rakyat tukar parti dibentang bulan depan

“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara; Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain kementerian atau jabatan berkepentingan,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, langkah yang diambil itu adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira proportionality dan keperlembagaan mana-mana cadangan kepada kerajaan nanti.

Katanya, kerajaan juga akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah di negara ini seperti kewujudan prosedur pra penghukuman; penubuhan Majlis Penghukuman; pembangunan Garis Panduan Penghukuman; penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang; pembaharuan institusi kepenjaraan dan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice.

“Keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem jenayah negara yang serba dinamik,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This