Kabinet setuju tiga lagi intervensi tangani bekalan makanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju melaksanakan tiga lagi intervensi tambahan bagi menangani isu bekalan makanan negara sekali gus merancakkan aktiviti pengeluaran makanan domestik.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet, hari ini yang mengambil maklum status bekalan makanan negara dibentangkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi lapan komoditi makanan utama.

Lapan komoditi tersebut adalah daging ayam, daging lembu/kerbau, telur, susu segar, ikan, buah, sayur dan beras.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, tiga intervensi tambahan yang akan dilakukan itu termasuk Program Kebuniti Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM30 juta tahun ini.

Menurut beliau, program itu dapat memanfaatkan hampir 1,350 penerima terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk komuniti, usahawan dan koperasi terlibat dalam rantaian pengeluaran pertanian komuniti.

Selain itu, Ronald memaklumkan, kerajaan juga akan melaksanakan program stockpail ikan segar beku Q-FISH sebagai persediaan menampung bekalan semasa musim tengkujuh dan monsun melibatkan penyediaan kuantiti stokpail sebanyak 1,000 tan metrik dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.

Katanya, sebanyak 135 pasar nelayan dan 103 cawangan sedia ada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dimanfaatkan sebagai saluran pasaran serta ejen baharu dengan fasiliti penyimpanan bakal diwujudkan di 222 kawasan Parlimen melibatkan peruntukan RM2.7 juta.

Baca artikel berkaitan: Tiga komoditi berasaskan ayam diberi kebenaran khas eksport

“Kerajaan juga akan menambah abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan dan mempelbagaikan sumber import bekalan ayam serta daging.

“Bagi bekalan ayam, pertambahan loji pemprosesan ayam melibatkan 51 loji dengan 33 loji dari enam negara sumber sedia ada manakala 18 adalah sumber loji baharu juga dicadangkan daripada lapan negara.

“Bagi bekalan daging, kerbau dan daging pula, pertambahan 94 abattoir ruminan baharu iaitu 82 abattoir di negara sedia ada dan 12 abattoir dari sembilan negara sumber baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald memaklumkan, Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara juga terus bersidang secara mingguan untuk terus memperhalusi langkah dan intervensi bagi menangani isu bekalan makanan negara.

Beliau memaklumkan, jawatankuasa itu juga memantau status bekalan makanan negara dan pelaksanaan tindakan-tindakan susulan semua inisiatif serta langkah intervensi yang dirangka bagi menangani isu bekalan makanan.

“Kerajaan memantau status sekuriti makanan negara secara berterusan dalam memastikan kebolehcapaian makanan yang cukup, selamat, berkhasiat dengan harga berpatutan secara berterusan oleh rakyat.

“Kerajaan juga prihatin terhadap pengeluar makanan yang memainkan peranan penting dalam memastikan ketersediaan makanan kekal terjamin untuk Keluarga Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This