Ronald Kiandee melompat ke GRS hanya spekulasi – Armizan

Dari Penulis

KHABAR angin yang mengatakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanyalah spekulasi.

Timbalan Setiausaha GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat di peringkat gabungan berhubung perkara tersebut.

“Saya melihat perkara itu sebagai satu spekulasi dan mungkin hanya andaian kerana masih terlalu awal.

“Sebagai seorang ahli politik senior, saya tidak fikir Datuk Seri Ronald akan membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam tempoh terdeka,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Burger King Benoni Drive-Thru, hari ini.

Bagaimanapun, Armizan menegaskan bahawa beliau tidak bercakap mewakili parti-parti komponen GRS walaupun menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung.

“Perkara ini tidak pernah dibincangkan, apatah lagi mewakili mana-mana parti seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Parti Liberal Demokratik (LDP) mahupun Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO),” katanya.

Beliau berkata, sebarang penyertaan ke dalam GRS perlu berlandaskan kepada prinsip perjuangan gabungan itu.

“Bagi saya secara peribadi, mana-mana pihak yang ingin menyertai GRS atau parti komponen tempatan perlu kembali kepada empat teras perjuangan GRS iaitu Sabah First, Sabah Prosper, Sabah Forward dan Sabah United.

“Kita perlu terbuka dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu menyertai parti tempatan serta berpegang kepada empat teras perjuangan ini. Apabila semua berada dalam landasan parti politik lokal, suara kita akan menjadi lebih kuat dan kita akan lebih kukuh apabila bersatu,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jentera Pas kawasan ditandingi Bersatu diarah bantu DUN lain

JENTERA Pas yang berada di kawasan ditandingi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

More Articles Like This