Lelaki samun kedai serbaneka dicekup polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki dicekup polis selepas melakukan samun di dua buah kedai serbaneka dekat Kuala Lumpur pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang juruwang yang menyatakan telah didatangi seorang lelaki dengan bangsa tidak pasti pada pukul 3.08 pagi di kedai serbaneka dekat Jalan Sawi.

“Suspek menggunakan sebilah parang dan telah mengarahkan juruwang menyerahkan sejumlah wang dari mesin simpanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, menerusi rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek memakai topi keledar berwarna hitam, bersarung tangan serta membawa beg badminton.

Katanya, pada pukul 3.30 pagi hari yang sama, suspek cuba melakukan samun di kedai serbaneka dekat Taman Bukit Angkasa namun tidak berjaya.

“Seorang pelangan yang berpakaian sama seperti lelaki di Jalan Sawi telah bertindak mengarahkan pengadu menyerahkan rokok dan wang tunai, tetapi pengadu telah bertindak pantas merampas parang yang dipegang oleh suspek,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Ugut guna batang besi, bapa saudara ditahan polis

Ekoran tersebut, barangan peribadi milik suspek telah terjatuh di luar premis lalu bertindak melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Mengulas lanjut, polis berjaya mengesan suspek di rumahnya dekat Kondo Rakyat Pantai Dalam dan merampas pakaian serta motosikal yang digunakan ketika melakukan samun.

“Hasil semakan mendapati suspek terlibat dengan tujuh kes samun di sekitar daerah Brickfields dan Petaling Jaya”.

Katanya, suspek akan dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur untuk proses permohonan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This