Penjawat awam maut bergaduh, disyaki ada hubungan sulit dengan isteri suspek

Dari Penulis

SEORANG penjawat awam maut selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, di Kota Bharu, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pergaduhan melibatkan dua lelaki berusia 51 dan 46 tahun itu berlaku sekitar jam 11 pagi.

“Akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua belah mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya, dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Machang untuk membuat laporan polis dan ditahan bagi siasatan lanjut.

“Motif kejadian, suspek, yang bekerja di syarikat swasta dekat Kuala Lumpur, mengesyaki mangsa yang bekerja sebagai penjawat awam mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut ke atas suspek dan mangsa mendapati tiada sebarang rekod jenayah,” katanya yang menambah hasil ujian saringan awal terhadap suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosesur Jenayah (KPJ). – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This