PELAKON Sharnaaz Ahmad dibebaskan dengan jaminan polis hari ini atas dakwaan memukul dan menendang penghuni di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan saya panas baran, tunggu cerita sebenarnya.
“Apa yang saya boleh katakan di sini, tiada unsur panas baran yang berlaku. Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tumbuk, tendang ‘jaga’, pelakon lelaki ditahan
“Jangan hakimi terlalu awal. Tak tahu lagi bila pendakwaan tetapi saya sudah beri keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis. Saya juga akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara sebenar dalam waktu terdekat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga membuktikan kepada mahkamah bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes yang berlaku.
“Selama tiga hari ini lebih kepada membantu siasatan. Tiada yang teruk, malah banyak pengajaran yang saya belajar. Jangan risau saya okay dan pihak polis juga memberikan layanan yang baik.
“Saya yakin saya tidak bersalah. Insya- Allah saya akan buktikan kepada semua ada kebaikan yang saya buat dalam kes ini yang orang tak tahu dan tidak diceritakan.
“Saya akan ceritakan nanti di mahkamah. Saya harap tiada pihak cuba buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah,” ujarnya.

