SELEBRITI Shiha Zikir membuat perkongsian gambar dan video dirinya memakai tudung di Instagram sekaligus menerima komen yang baik-baik daripada wargamaya.

Semalam (Ahad), Shiha menghadiri majlis pengisian ilmu dan ramah mesera bersama Ustaz Wadi Annuar yang dianjurkan oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediamannya.

Menurut Shiha, atau Nurshiha Zikir, 34, tudung yang dipakainya itu adalah hadiah daripada Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

“Alhamdulillah syukur semalam dapat ke majlis ilmu bersama Ustaz Wadi Annuar. Seronok sangat dapat berjemaah dan dapat ilmu yang sangat bermanfaat. Jazakallah kayr Ustaz.

“Semalam giliran di kediaman Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid (suami). Terima kasih banyak-banyak kak Iti, Datuk K serta keluarga atas layanan yang terbaik buat kami semua. Moga Allah SWT membalas segala budi baik kak Iti dan keluarga serta semua yang hadir semalam.

“Tudung yang Shiha pakai hadiah daripada arwah (Siti Sarah Raisuddin). Al-Fatihah buat arwah serta buat semua yang dah pergi meninggalkan kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan posting itu, rata-rata netizen dan peminat Shiha mememuji kecantikan penyanyi itu yang memakai hijab.

Ada juga yang mendoakan agar Shiha sentiasa istiqamah

“Ya Allah cantiknya Shiha pakai tudung,” komen salah seorang netizen.

“Allahu. Cantiknya semua. Semoga kekal istiqamah dengan segala amal kebaikan,” tulis salah seorang netizen pada ruangan komen.

“Manisnya Shiha bertudung,” tulis @fyschaa pada ruangan komen.

“Shiha kalau bertudung cantiknya,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, majlis yang dianjurkan oleh Tokti itu turut dihadiri beberapa orang rakan artis, antaranya Datin Lisa Surihani, Neelofa, Izara Aishah dan ramai lagi.