Emma Maembong makin seksi, akui dah malas layan netizen

Dari Penulis

PELAKON cantik, Emma Maembong mendedahkan dirinya sudah jelak untuk bertikam lidah dengan netizen tentang penampilan dan pakaiannya yang kini dilihat semakin seksi.

Bulan lalu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, telah memuat naik video di laman sosial Instagramnya yang menampilkan dirinya hanya berpakaian ‘singlet’ telah menerima kecaman hebat daripada netizen.

Pelakon berusia 30 tahun itu menegaskan bahawa dia kini lebih memilih untuk hidup mengikut keselesaan dirinya.

“Saya hanya pakai apa yang selesa… ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.

“Saya tak kisah la orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya banya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan saya yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.

“Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak,” ujarnya memetik OhBulan!

Menurut pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja itu lagi, dia hanya mahukan kehidupan yang tenang di sisi keluarga dan sudah malas untuk bergaduh dengan netizen.

“Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.

“Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun… dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya.

“Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, Emma berkahwin dengan seorang juruterbang iaitu Muhammad Shazli Azhar dan telah dikurniakan seorang cahaya mata pada November 2020 yang diberi nama Shariq Gabriel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This