Angkara manusia: Seekor anak gajah mati, 1 lagi cacat seumur hidup

Dari Penulis

KISAH sedih menimpa dua ekor anak gajah apabila seekor daripadanya terbunuh dalam nahas jalan raya manakala seekor lagi hilang pergelangan kaki dan cacat seumur hidup akibat terkena jerat manusia.

Di Johor, seekor anak gajah mati apabila dirempuh sebuah pacuan empat roda (4×4) semasa melintas jalan dalam kemalangan di kilometer 40 Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, Kluang, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, pemandu kenderaan berusia 50 tahun itu selamat manakala penumpang seorang wanita berusia 53 tahun pula cedera ringan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, pacuan empat roda itu menuju ke Kluang dari Kahang.

“Akibat kemalangan ini, penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom manakala anak gajah mati di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Di Sabah, seekor anak gajah kehilangan pergelangan kaki kanan yang terpaksa dipotong akibat cedera parah terkena jerat tali dipasang manusia tidak bertanggungjawab.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Ariffin berkata, nasib menyedihkan dialami anak gajah yang ditemukan di FELDA Sahabat 5, Tungku dekat Lahad Datu pada Sabtu lepas dimaklumkan orang awam kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Menurutnya, pasukan yang diarah menjejaki haiwan itu kemudian berjaya menjejak anak gajah berkenaan pada Sabtu lepas di lokasi.

Katanya, anak gajah betina berumur kurang daripada dua tahun terbabit mengalami kecederaan di kaki kanan hadapan akibat terkena jerat tali.

“Untuk mengelakkan tisu kaki mamalia itu menjadi lebih parah dan tidak berfungsi, bahagian pergelangan kaki gajah tersebut terpaksa dipotong oleh pegawai veterinar yang membuat rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jafry berkata keadaan itu menyebabkan anak gajah tersebut kehilangan peluang untuk hidup bebas dengan kawanannya malahan terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan cacat seumur hidup.

Sehubungan itu beliau menambah, Jabatan Hidupan Liar Sabah menawarkan ganjaran RM5,000 kepada pemberi maklumat berkaitan pemasangan jerat tersebut dengan menghubungi talian 016-810 9901.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This