SEORANG murid berusia 16 tahun maut dalam perjalanan ke sekolah apabila motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna di persimpangan persiaran Mahogani-Jalan Rimba Riang 9/1 dekat Kota Damansara pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kemalangan pada pukul 7.25 pagi itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan kereta Nissan Grand Livina.
Mengulas lanjut, kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan ke sekolah di Kota Damansara telah terlanggar Nissan Grand Livina yang ingin masuk ke simpang Jalan Rimba Riang 9/1.
“Ekoran perlanggaran tersebut, murid lelaki tersebut maut di tempat kejadian dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Pemandu Avanza maut diseret kereta api sejauh 2 kilometer
Jelasnya, pemandu wanita berusia 34 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sehubungan itu, saksi kejadian di minta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536 821 bagi membantu siasatan.
Mohamad Fakhrudin berkata, ibu bapa boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

