EMPAT murid berusia 11 tahun mengalami loya dalam satu kejadian kebocoran gas di Sekolah Kebangsaan Pintar, Persiaran Mulia USJ 14 dekat Subang Jaya, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.42 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bersama jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi 25 minit kemudian dan mendapati berlaku kebocoran gas pada alat penunu bunsen jenis mudah alih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Lima lelaki bergaduh sebab kereta sewa tidak dipulangkan

Jelasnya, kejadian berlaku di dalam makmal sewaktu semua mangsa sedang menjankan eksperimen.

“Empat murid telah dihantar ke Hospital Shah Alam sebelum anggota bomba tiba dan kesemua mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram