Lima lelaki bergaduh sebab kereta sewa tidak dipulangkan

Dari Penulis

GARA-gara kereta sewa tidak dipulangkan, lima lelaki bertindak bergaduh sesama sendiri di tapak pasar tani dekat LRT Pandan Indah, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 41 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut, sepasukan polis peronda telah menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.35 pagi.

Katanya, polis tiba di lokasi dan mendapati lima lelaki dengan bangsa tidak pasti dalam keadaan mencurigakan sedang bergaduh.

“Salah seorang suspek mengalami kecederaan lebam di muka dan dahi telah menerima rawatan di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tokan dadah tumpas, dadah bernilai RM121,862.50 dirampas

Jelasnya, kesemua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas dua buah telefon bimbit dan punca pergaduhan dipercayai akibat sewaan kereta yang tidak dipulangkan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Farouk menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This