SATU draf Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori seperti yang telah dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri akan disediakan Jabatan Peguam Negara (AGC).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan, AGC dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) juga diminta mengkaji dan meneliti syor-syor yang telah dikemukakan.
Menurut beliau, syor tersebut susulan perjumpaan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Isnin lalu.
Pada masa sama, beliau berkata, sesi libat urus juga akan diadakan bersama pakar akademik dan ahli Dewan Rakyat bagi mendapatkan pandangan lebih lanjut mengenai perkara itu sebelum dibentangkan di Parlimen, Oktober depan.
“Kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori selepas Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun.
Baca artikel berkaitan: Pindaan mansuh hukuman mati mandatori dibentang Oktober
“Kerajaan amat berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dan berharap RUU pemansuhan hukuman mati mandatori ini dapat dilaksana serta dikuatkuasakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
10 Jun lalu, Wan Junaidi dalam kenyataan memaklumkan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan itu dicapai susulan pembentangan Laporan kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Wan Junaidi dalam sidang media pula memaklumkan kerajaan akan membentangkan pindaan berhubung pemansuhan hukuman tersebut untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Oktober depan.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, hukuman mati mandatori itu akan mula dimansuhkan secara realiti pada Januari tahun depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

