Sam Bunkface tak lupa tanggungjawab anak dengan bekas isteri, kongsi bakal dapat bayi perempuan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIARPUN hubungan dengan bekas isteri, Aida Azira Husin sudah terlerai, namun vokalis kumpulan Bunkface, Sam tetap menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak tunggal hasil perkahwinan itu.

Menurut Sam, dia bersyukur hubungan dengan Aida baik demi membesarkan anak lelakinya iaitu Maleeq yang kini sudah berusia enam tahun.

“Walaupun saya dan dia tidak lagi bersama tapi tanggungjawab terhadap anak kami tetap dilunaskan.

“Bagi saya, kita tak boleh pentingkan diri sebab kita tak mahu penceraian memberi kesan buruk kepada anak.

“Kena pastikan anak faha, gembira dan tenang. Sekolah dan nafkah semua cukup…itu semua saya jaga dengan baik. Alhamdulillah, Allah cukupkan.

“Seminggu sekali saya dan bekas isteri akan bergilir menjaga anak dan memberikan kasih sayang secukupnya,” katanya kepada URTV.

Tambah Sam, walaupun dia sudah berkahwin lain, hubungan anaknya dengan ibu tiri juga akrab.

“Saya dan bekas isteri akan bergilir hantar anak ke sekolah di Shah Alam…tiada masalah untuk saya. Hak penjagaan pun dipersetujui bersama.

“Alhamdulillah, Maleeq gembira dan panggil ibu tiri sebagai ‘mummy’. Malah, dia juga begitu menyayangi adik-adiknya,” jelasnya.

Sam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Bunkface!15 Years of Korang di Zepp Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd.Baharom turut mendedahkan, isterinya iaitu Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi bakal melahirkan anak ketiganya pada Ogos depan.

“Dalam perut isteri saya ada seorang lagi…Insya-Allah bayi perempuan. Anak pertama dengan isteri yang sekarang ini iaitu Idris dah pun berusia 11 bulan.

“Saya bersyukur Allah bagi rezeki ini. Kalau Dia nak bagi, kita terima sajalah. Kalau dah cukup, cukuplah.

“Anak itu akan dilahirkan Ogos iaitu selepas konsert Bunkaface! 15 Years of Korang.

“Bila saya berjumpa dengan doktor baru-baru ini, dia cakpa ‘due’ isteri dekat dengan tarikh konsert saya. Insya-Allah, 5 Ogos isteri saya akan bersalin,” kongsinya lebih lanjut.

Untuk rekod, Sam pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida pada April 2015 sebelum membuat keputusan bercerai pada Januari 2019. Hasil perkahwinani itu, mereka dikurniakan anak lelaki yang bernama Maleeq.

Kemudian, Sam sekali lagi berkahwin dengan Putri pada Disember 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka diberikan seorang cahaya mata, Idris yang kini berusia 11 bulan.

Konsert Bunkface! 15 Years of Korang akan berlangsung dua hari iaitu pada 30 dan 31 Julai ini di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket untuk hari pertama sudah habis terjual dalam masa 11 jam sebaik diumumkan pada 14 Jun lalu.

Walau bagaimanapun, tiket bagi hari kedua masih boleh dibeli melalui laman sesawang www.hitmanlive.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This