GARA-gara berang disaman, seorang lelaki bertindak agresif melanggar sebuah kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga terbalik dengan menggunakan jengkaut.
Kejadian terbabit dipercayai berlaku di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, Keningau ketika sepasukan anggota JPJ melakukan operasi rondaan.
Memetik laporan Berita Harian, anggota JPJ terbabit telah bertindak menahan pemandu jengkaut bagi tujuan pemeriksaan selepas disyaki berada di dalam keadaan yang mencurigakan.
Susulan penahanan tersebut mendapati pemandu jengkaut tersebut tidak memilik lesen memandu kelas F.
Bagaimanapun, selepas saman dikeluarkan oleh pihak JPJ, pemandu jengkaut bersikap tidak puas hati sebelum secara tiba-tiba nekad melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik.
Baca artikel berkaitan : Pemandu maut, enam murid Tahun Satu cedera dalam kemalangan
Malah, menerusi klip video yang tular di laman sosial juga memaparkan aksi anggota JPJ cuba memujuk pemandu jengkaut terbabit namun tidak diendahkan.
Difahamkan, anggota JPJ terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan namun kenderaan tersebut telah rosak teruk.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim mengesahkan kejadian terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

