Keadaan kereta milik mangsa susulan kemalangan maut terbabit. GAMBAR: Bomba

SEORANG lelaki maut manakala enam murid Tahun Satu cedera selepas Proton Exora yang dinaiki dirempuh sebuah Perodua Aruz di Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.08 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba sembilan minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Exora yang dinaiki mangsa dengan Perodua Aruz,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita bersama penumpang telah keluar dari simpang lalu merempuh Proton Exora yang dipandu mangsa bersama enam murid sekolah rendah.

Baca artikel berkaitan : Kaki skodeng pecah rumah diberkas polis

Susulan kemalangan itu, mangsa Muhamad Zaki Ariffin, 52, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Manakala enam murid lagi yang baru selesai persekolahan sesi pagi mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan lanjut,” katanya.

Murid Tahun Satu (berbaju putih) mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut. GAMBAR: Bomba

Tambah Norazam, pemandu dan penumpang Perodua Aruz tidak cedera tetapi mengalami kesukaran bernafas dan turut dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar, berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa bergerak lurus di Persiaran Saujana 4 sebelum dilanggar di bahagian sisi kanan Perodua Aruz yang keluar dari simpang Saujana Perdana 6.

@utusantvofficial

😔. Salam takziah buat keluarga mangsa. Kejadian di Jalan Saujana Utama, Sungai Buloh | 1.08 petang | 30 JUN 2022 | Muhammad Ishraqi. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Akibat pelanggaran tersebut, kenderaan mangsa berpusing dan terbalik ke kanan di bahu jalan,” katanya.

Ujarnya, pemandu Exora meninggal di tempat kejadian.

“Enam murid yang cedera merupakan murid Darjah 1 Sekolah Kebangsaan Saujana Utama,” tambahnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram