Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Subramaniam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, Tan Sri S. Subramaniam yang meninggal dunia, semalam.

Turut sama menzahirkan takziah adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang.

Pada masa sama, Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang bersabar serta tabah menghadapi dugaan dan menghadapi suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada masyarakat dan negara.

Baca artikel berkaitan: Bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam meninggal dunia

“Seri Paduka berdua turut menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada MIC dan negara,” menurut hantaran tersebut hari ini.

Subramaniam, 78, pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen Damansara dari tahun 1974 hingga 1982.

Mendiang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Segamat selama empat penggal dengan penggal terakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 iaitu sehingga 2004.

Beliau meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.

Mendiang juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Dalam arena politik, Mendiang mula menjadi ahli MIC pada tahun 1962 dan pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Timbalan Presiden.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This