KADAR kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat banjir dan fenomena kepala air di Baling memaksa operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah terpaksa dihentikan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dua LRA yang terlibat adalah LRA Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani.
Jelas beliau, kedua-dua LRA itu dihenti tugas sepenuhnya pada 10.50 malam dan 11.10 malam tadi.
“Penutupan sementara itu akan menjejaskan 80,000 akaun pengguna di Kulim Hi-Tech dan 121,000 akaun pengguna di Pinang Tunggal/Sungai Petani.
“Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membuat penghantaran air terawat melalui lori tangki kepada kawasan yang terjejas akibat daripada langkah penutupan LRA itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pagi tadi.
Baca artikel berkaitan: Jenazah tiga mangsa banjir di Baling selamat dikebumikan
Terdahulu, kejadian banjir dan fenomena kepala air melanda kawasan Baling kira-kira pada jam 4 petang Isnin lalu.
Seramai 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
Banjir itu mengorbankan tiga nyawa sekeluarga termasuk seorang wanita hamil yang menjaga ibu mentuanya yang lumpuh.
Untuk rekod, tujuh rumah musnah dihanyutkan air manakala kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

