14,306 jemaah Malaysia sedang berwukuf di Arafah, sebelum bergerak ke Mudzalifah dan Mina

Dari Penulis

SERAMAI 14,306 jemaah haji Malaysia menyertai hampir satu juta umat Islam melakukan wukuf di Arafah hari ini, melakukan rukun terpenting dalam ibadah haji selepas mereka tiba mulai semalam.

Sepanjang tempoh berwukuf, jemaah akan melakukan pelbagai amalan seperti solat
sunat, berzikir, bertalbiah dan membaca al- Quran.

Selepas solat asar, jemaah mula keluar dari khemah masing-masing dan mencari kawasan lapang dan duduk bersendirian untuk berdoa.

Dikatakan waktu tersebut sehingga waktu Maghrib adalah waktu paling mustajab untuk berdoa.

Tinjauan melalui laporan Facebook Tabung Haji mendapati surau di khemah-khemah jemaah Malaysia dipenuhi dengan aktiviti qiamullail, ceramah dan program ibadah yang disusun oleh Bahagian Bimbingan Haji Lembaga Tabung Haji.

JEMAAH haji Malaysia di Arafah. – Gambar FB TH

Selepas matahari terbenam, kesemua jemaah Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermalam sebelum ke Mina bagi melaksanakan ibadat bermalam yang diwajibkan dan juga melontar di tiga Jamrah.

BERITA BERKAITAN Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini

Kehadiran jemaah musim ini dihadkan kepada satu juta orang termasuk 850,000 dari luar negara yang dipilih melalui kuota.

Haji tahun ini berlangsung di sebalik kebimbangan peningkatan semula kes COVID-19 di rantau ini, dengan beberapa negara Teluk mengetatkan sekatan untuk mengawal wabak.

Semua jemaah dikehendaki mengemukakan bukti vaksinasi penuh dan ujian PCR negatif. Sebaik tiba di Mina kelmarin, mereka dibekalkan beg kecil mengandungi pelitup muka dan sanitasi tangan.

Haji yang menyaksikan perhimpunan tahunan agama terbesar di dunia, adalah antara lima rukun Islam dan mesti dilakukan semua umat Islam, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Pada 2019, kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan ibadah itu, namun kehadiran wabak sejak 2020 memaksa pihak berkuasa Arab Saudi mula mengecilkan jumlah kehadiran jemaah haji secara mendadak. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja tular rakam wanita dalam tandas restoran ditahan selepas dua jam

SEORANG remaja yang tular kerana dipercayai merakam seorang wanita ketika berada dalam tandas sebuah restoran di Bekenu, Miri telah...

More Articles Like This