Fourtwnty bakal ‘mendarat’ di Kuala Lumpur Oktober ini!

Dari Penulis

BUKAN kali pertama muncul di Kuala Lumpur, namun kemunculan kali kedua ini sepertinya lebih ditunggu-tunggu oleh para peminat Fourtwnty di Kuala Lumpur.

Shiraz Projects Sdn Bhd mempersembahkan Konsert Fourtwnty Heliotropisme Live In Zepp Kuala Lumpur pada 1 Oktober 2022, pukul 8.30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Terakhir, kumpulan asal Jakarta ini muncul dalam sebuah konsert yang dihadiri beribu peminat yang dibina secara organik di Malaysia. Dan untuk tahun ini, konsert dengan nama Heliotropisme dibawakan untuk mengubat kerinduan para peminat.

Kenapa Heliotropisme? Ini kerana judul yang sama merupakan konsert tour Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyakarta.

Dan judul yang sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian jelajah tersebut.

Nama Heliotropisme sendiri diambil daripada kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika.

“Sama seperti logonya, dimana bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari, Fourtwnty juga dengan senantiasa melihat dan mengikuti apa yang ingin menjadi keinginan penggemar,” jelas Fourtwnty.

Konsert itu juga menyimpan harapan yang menarik. Fourtwnty ingin terus tetap hidup dan memberikan keindahan bermuzik di manapun mereka berada. Seperti bunga matahari yang mampu hidup di manapun ia berada.

Buat Fourtwnty yang didirikan pada April 2010 ini, harapan mereka supaya konsert ini nanti akan dapat mengubat kerinduan para peminat yang menunggu kemunculan mereka lagi di Kuala Lumpur.

“Semoga konsertnya berjalan lancar, tidak berdepan masalah dan intinya lancar,” ujar kumpulan yang popular dengan lagu Zona Nyaman ini tentang harapan Heliotropisme bertemu para peminat Malaysia.

Kumpulan yang dianggotai oleh Ari Lesmana, Nuwi dan Roots tersebut ingin menyajikan sebuah konsert yang bersifat peribadi buat mereka bukan hanya kepada peminat tegar tetapi juga buat penikmat muzik.

Buat Shiraz yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, melihatkan populariti dan inti muzik Fourtwnty yang menarik serta cukup unik membuatkan pihaknya berhasrat membawakan kumpulan terkenal Indonesia itu sejak sebelum pandemik lagi.

“Kami sudah bertemu mereka sejak sebelum pandemik lagi dan akhirnya kami bersyukur dapat melaksanakan konsert ini kelak di Zepp Kuala Lumpur khas buat para peminat di Malaysia,” ujarnya.

Tiket konsert sudah mula dijual di www.mytickets.asia pada harga RM500 (Meet and Greet), RM200 (Diamond – Free Standing), RM150 (Platinum – Free Standing) RM200 (Gold – Seated) dan RM150 (Silver – Seated).

Peminat-peminat Fourtwnty juga akan beroleh merchandise eksklusif apabila membeli tiket Meet & Greet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This