IBADAH korban yang dilakukan setiap tahun apabila tibanya Hari Raya Aidiladha bukan bermaksud menyembelih binatang semata-mata.
Sebaliknya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, ibadah korban itu membawa makna lebih luas yang dimahukan Allah SWT.
Menurut beliau, ia semata-mata memupuk unsur ketakwaan seseorang manusia itu kepada Allah SWT.
Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, ibadah korban dianjurkan kepada sesiapa yang mempunyai lebihan rezeki dan menghadiahkan ganjaran pahala yang besar.
“Memang benar korban ini kita sembelih kambing, lembu dan sebagainya tetapi apa hakikat sebenar serta natijah daripada korban.
“Bukan sampai kepada Allah pun daging dan darah binatang itu tetapi yang sampai adalah ketakwaan kepada Maha Esa,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Agong, Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Aidiladha bertajuk “Iktibar daripada Hari Raya Aidiladha’ dalam Majlis Korban Kumpulan Shapadu di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.
Zulkifli turut bersama-sama hadirin menyempurnakan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Karim Zakaria.

Kumpulan Shapadu menumbangkan enam ekor lembu sebagai korban tahun ini yang disempurnakan sendiri Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Sri Shafiz Shahrani untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.
Majlis tersebut turut menyaksikan kehadiran Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin yang mengagihkan sumbangan daging korban kepada penduduk di sekitar Putrajaya.
Selain Radzi, program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

