300 asnaf terima agihan korban Chatime Malaysia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CHATIME Malaysia dengan kerjasama EzQurban telah menganjurkan majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha di tiga lokasi berasingan selama dua hari berakhir hari ini.

Program tersebut yang diadakan bersama 300 sukarelawan di Masjid Jamek Sungai Plong; Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas.

Ibadah korban anjuran Chatime Malaysia itu memberi manfaat kepada lebih 300 keluarga asnaf dengan 1,000 keluarga telah menerima agihan daging tersebut.

Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah inisiatif ChatimeCares itu mendorong syarikat itu terus konsisten membuat perubahan positif.

Katanya, ia melibatkan komuniti yang amat memerlukan.

“Sebagai jenama global yang bertapak kukuh di Malaysia, kami mahu lakukan yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia meriah

Majlis Korban Perdana Chatime yang diadakan di tiga lokasi sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Chatime Malaysia, Widayu Latiff berkata, pihaknya cuba yang terbaik untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

“Semua ini tidak mampu dilakukan secara bersendirian.

“Kami amat menggalakkan badan-badan korporat dan komersial serta individu lain untuk turut serta menghulurkan bantuan melalui agihan korban hari ini sambil kita menempuhi fasa endemik yang amat mencabar,” jelas beliau.

Pengagihan korban Chatime hari ini telah dijalankan di Masjid Jamek Sungai Plong.

Agihan juga telah dijalankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan Surau Taman Sri Hartamas, semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This