PERSATUAN Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA) mengagihkan daging enam ekor lembu dan kerbau kepada penduduk di 12 kampung di Kuala Kangsar, semalam.
Presidennya , Datuk Salehuddin Saidin berkata, majlis korban itu pertama kali dianjurkan OCA bagi sesi 2022-2024.
“Sebanyak enam ekor lembu dan kerbau dikorbankan untuk berkongsi rezeki dan diedarkan kepada golongan asnaf, penduduk di 12 kampung dan pelajar lepasan Clifford yang layak menerimanya.
“Ibadah korban ini dilakukan oleh rakan-rakan OCA bersama penduduk dari 12 kampung berhampiran.
“Tujuan kita menganjurkan majlis ini adalah untuk membantu masyarakat setempat dan alumni Clifford.
“Kita juga mahu mengeratkan silatulrahim dalam kalangan alumni Clifford dan menggalakkan mereka untuk menjadi ahli OCA bagi menghidupkan persatuan demi kebaikan semua ahli,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia meriah
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

